gadishebat.
random things that speaks out of her mind.
bayang-bayang.
bayang-bayang tak pernah hilang, tatkala matahari menyinar di siang hari mahupun tatkala bulan menyapa. cumanya, bayang-bayang itu hitam, gelap. bila bertemu malam, ia tersorok sendiri, membenarkan malam menguasai. bayang-bayang itu terdiam kaku, sabar untuk menunggu matahari esok. yang akan memperlihatkan dia semula pada mata semua.
perasaan yang tidak stabil pada setiap waktu, banyak memainkan peranan. pada masa-masa kita terlalu perlukan satu sama lain, kita tidak sabar. tidak sabar untuk pastikan diri kita melihat the beautiful side of every angle dengan apa yang berlaku. maka, kita mudah untuk salahkan malam yang terlalu lama muncul setiap hari. walhal, rasa sayang itu sentiasa ada. seperti bayang-bayang, yang sentiasa ada.
love is like a shadow, when you chase it, it runs away,
when you turn back and walk away, it follows you.
kehilangan.
dan bila berkait tentang hati dan perasaan, aku masih menangis. ia satu-satunya cara untuk aku hilangkan sakit, sehingga aku penat dan terus terlelap untuk melihat hari esok yang mungkin lebih baik untuk aku. aku mungkin kelihatan kuat diluaran, tapi hakikatnya, aku rapuh.
there comes a point when you just have to stop crying
because it hurts you more.
aku tak salahkan sesiapa. ini diri aku sejak mula mengenal dunia. ketika aku tahu, hidup ini susah, hidup ini terlalu banyak dugaan. aku jadi takut untuk kehilangan. kehilangan tulang belakang, kehilangan orang yang mahu menghulurkan tangan tika aku jatuh. dan tak mustahil, aku mungkin berharap pada orang yang salah. aku tak tahu.
sentiasa ada dua jalan bila kita perlu membuat pilihan. tak ada betul, tak ada salah. cuma cara pengakhiran cerita yang akan berbeza.
putus harap.
ketika kita rasa dunia ni milik kita, ketika semua yang ada sudah cukup untuk kita jaga, cukup untuk ada bersama kita, terpenting untuk kita, kita seringkali lupa tentang hati sendiri. kita lupa tentang diri sendiri bila mana kita sering mengangkat orang lain lebih tinggi di mata sendiri.
hati yang terluka umpama cermin retak yang tak bisa dicantum kembali. malah jika terusik kembali pastinya bisa melukakan walau dengan garis-garis keretakan itu
aku sakit. aku seperti sudah putus harap.
Subscribe to:
Posts (Atom)


